Azan
Batu serai berbunga.
Putus harapan.
231- Jangan berputus harapan untuk diterimanya amal perbuatan yg engkau kerjakan dengan tidak khusyuk/hadir hati didalamnya, sebab masih ada kemungkinan amal itu diterima padahal belum dapat dilihat buahnya dengan segera.
Meskipun dalam alam perbuatan belum mencapai hadirnya hati dan manis taat yg dilakukan itu, maka jangan terburu-buru putus harapan untuk diterimanya amal itu, meskipun masih dalam taraf sekadar taqarrub kepada Allah dan merasa bahawa itu kurnia Allah kepadanya, maka yg demikian itu sudah cukup baik.
Buah daripada amalmu itu, apabila engkau telah merasa yakin tiada yg Wujud selain Allah dan engkau merasa cukup hanya dengan Allah Yg Maha Esa.
_AL-HIKAM
﷽۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ﷺ






